Tuesday, January 11, 2011

Came a New Year, Come a New Outlook

Setelah berbulan aku stay ngan look hujan, kini aku kembali ngan look yang modern sikit. Modern ke?

Hahah. Since laptop aku xde kedai Ayob Photoshop, aku ngedit gambor aku kat Krabi tu dengan window component je. Sedey. Kalo dak bulih aku edit wat header jadi menarik sikit.

Tapi aku puas hati ler ngan look ni. Walaupon nampak a bit gelap harap cukup user friendly ler. Xmau aku letak bende2 meraban like iklan bagai. Wat bazir bandwidth visitor aku je ye dak? Kehkeh.

Ok lah. AKu mau tidoq. Assalamualaikum and good night world!!!

Akibat Orang Berhutang, Penarik Kereta Dibelasah?

Clipping from Harian Metro

KUALA LUMPUR: Bukan saja tidak membayar ansuran bulanan kereta yang dipandunya selama tujuh bulan, malah seorang lelaki yang didakwa penjawat awam itu juga bertindak samseng selepas membelasah seorang ejen penarik kereta yang dilantik bank yang meluluskan pinjaman kenderaan itu.Bagaimanapun, lelaki berusia 30-an itu tidak berseorangan berikutan turut membawa sekumpulan enam hingga tujuh rakannya untuk membelasah mangsa, malah rantai emas yang dipakainya turut dilarikan seorang daripada mereka dalam kejadian di Jalan Padang Tembak, di sini, baru-baru ini.


Boleh lak mamat ni dah berhutang tak dibayor 7 bulan, belasah plak penarik kereta. Donia,donia. Penuh dengan orang yang tak sedar diri. Kerana tak mau bayar hutang, macam-macam alasan dibagi. Pulak tu kes camni yang sampai dibelasahnya hired penarik kereta tu. Selalu orang cakap penarik kereta kat Malaysia ni cam samseng kampung dusun. Tarik kereta macam nak gaduh. Seboleh-boleh nak block kereta, berkejaran sampai ade yang dikasari plak. So bila terdengar pulak kes camni which is so rare, my mind wonders...Who's at fault?And dalam tu, aku terfikir gak congakan ni.

Hutang : RM 600 sebulan(approx) * 7 = RM3500
Harga Denda_+ Penarik Kereta + Stor : RM 800(approx)
Jumlah= RM4300
Kesimpulan - Giler ah!!Ko mampo?


Bagi aku it all comes down to the purchaser ler. Time sign agreement dulu bukan main sign janji nak bayar. Sronok dapat pakai kereta baru konon. Maybe tidak membajet dulu agaknya sebelom membeli. Pikir mau belagak kat awek kot keta tu. Sekarang ni bagi aku memiliki kereta boleh dianggap sebagai liabiliti. Dengan harga turun saban hari kilometer usage bertambah. Minyak pulak turun naik regernya. Pastu kekadang kereta ni bulih jadi macam timebomb. Kalo rosak, bedebuk tepuk dahi kepala tengok bil bengkel.

Don't get me wrong. I love my black panther. However, aku pon banyak pengalaman kerut dahi semenjak berkereta ni. Saksikan jumlah ni

Saman: Majlis bandaran + Polis ~ Ada gak around RM400 so far which includes bukan aku yang buat

Minyak: RM 250 sebulan

Servis : RM120 tiap 5000km/4-5 bulan skalik

Servis besar : Beriban gak kot. Ntahler. X penah wat. Next month aku nak wat.

Ambi Pur : RM 12 setiap dua bulan. Saje den include. Ahaks.

Installment : RM 602 sebulan.

Tol bin Toyol : Rm 3 purata sehari ~ RM90

PArking : Rm 5 sehari ~ RM 100 sebulan

Aiya. Apek jual kankung pon boleh kankang dengan rising cost with owning a car ni. Much more headache driving it. For me that money could be put into a better use for example buying an apartment that you pay monthly around RM800. But aku suka gak naik kereta ni. Ade aircond, much more safer, leh melesit and mencelah, leh redah hujan. Tapi costs diatas wat aku pikir dua kali. Rindu gak time bawak motor dulu. Apa leh wat...


Sekarang ni pon pelik tengok bebudak Universiti or even bebudak sekolah dah boleh bawak kereta. Bestnya kalo berduit camtu plus tiada komitmen. Isi minyak pon tak berkira sangat. Biarloh orang kata itu keta mak g pasar tapi asal leh angkut awek kehulu-ke hilir dah cukup bagus ye dak..

So bagi aku, sebelom nak beli kereta tu, tengok ler kemampuan. Kalo rasa x mampu beli kereta hak yang grand2, pakai je Saga or MyVi. Jangan lak beli keta kecik2 tu. Macam tin sardin jek.Bahaya wor. Pahtu elokler dibayor utangnya tu. Jangan wat cam utang PTPTN lak. Sekejap bayar,sekejap dak macam tak terpikir bunga2 tu. Kekadang memangler bank x marah tapi dia cas senyap2 beb!

Tang aku ni lecture ni ngape? Macamlah kereta aku x penah kena tarik? ahaks. Different okay! Kereta aku penah tarik sekali coz time tu aku buduh2 alam sikit. Kena tipu dengan abang sendiri. Well, bukan kena tipu lah but maybe dia x story penuh-penuh berapa bulan dia x bayar. Time aku start sambung bayar, rupanya abang aku dah berhutang 2 bulan padahal katanya sebulan jek. Aku yang ingat less than 3 months x ditarik kereta aku guna duit dulu tuk tukar tayar yang dah botak dikerjakan previous2 owners. Tup-tup, kereta kena tarik. Aiyak. Yok-yok je aku kunun nak gaduh dengan Pegawai bank CIMB tu. Rupenye aku tertipu ngan abang sendiri. Xpelah. Aku halalkan ler. Time tu dia susah so aku x kisah. Kot-kot next time aku susah, dia leh tolong plak. AMIN!!!







Monday, January 10, 2011

Ana Raffali, Kekasih Gelapku :P


Sebelom aku nak tidor, ingat nak layan karok jap lagu ni. Lagu ni memang aku harapkan sangat menang AJL tempoh hari with the other being Drama King and Sofia Jane. Tengok-tengok pengacara bagi hint winner yang penyanyi, penulis and pemuzik orang yang sama, aku dah terdetik suka Ana Raffali menang walaupon Yuna also the other triple threat that night. Sorryla. Lagu Yuna tu ok but terlampau slow bagi aku tuk dibagi juara. Save it for cite airmata with the heroine in her deathbed stricken with cancer. Hukhuk.

Tapi malangnya ramai plak yang x puas ati my Ana ni menang. Katanya x glamour la, x penah dengar la, show lemau la, sore dia x sedap la. Ade je sumbang yang menyumbang lepas ape2 award ek. I guess this is why a group of professional juries were chosen to decide the winners for an award like this. Kalo dak, top 3 aku bajet mesti spesis-spesis Akademi Fantashit yang menang. Plus bagi aku persembahan my Ana okay la that night cuma macam semak sikit. But if you give a chance listening to the song really well and look at the lyric, you'll know it's a gred A song. Nah aku tepek! Aku suka part saku penyeluk masa. Adekah symbolik kepada menatang ni? Ahaks.. Pastu ade gak tribute kat bende jadah yang long forgotten ni.

Ape-ape pon aku berbangga ngan pencapaian awek ni. Hidop budak UiTM!! :)







Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku

What is Wrong with My Right Eye?



Hello fellas..Sejak dua menjak ni aku rajin plak upload gambor-gambor kat dalam blog ngan video bagai. Ntah.Rasa best lak jadi jurukamera tak bertauliah ni. The pictures might no be interesting but at least it's better than my boring life. Ngeh,ngeh.

Saje den pilih gambor kerapu bin merapu ni. Yelah Tengah burin. Awek x melayan kita, kita melayan gambor dia ajelah. Too bad lack of pictures coz dia x suka begambor. So aku update ngan gambor ngeri ni.. Enjoy :P


Few months ago, mata aku rasa berat je kat sebelah. I thought must be damn tired already. Tengok depan cermin sat, mak oi! Mata kanan aku bengkak sebelah. It lasted for about 2-3 hours and then it shrank. Dunno the cause but lack of sleep probably one of the factor.


Yang ni lak mata sebelah kanan aku lagi wat hal. Mata kemerahan lak. The picture might not justify but it was pretty medium red. Pagi-pagi banyak taik mata belah sakit tu. Plus kepedihan and kekadang mata rasa macam tengah kena cungkil kot. AFter 5 days and diberi ubat mata by the doc kat klinik satu malaysia(ahaks), mata aku baik. Alhamdulillah.



Ntahla.. Maybe berpunca dari tengok bende-bende nakal kot. Common thing between these two occurrences, i was browsing dirty Youtube videos. Not kidding. Hahah. Actually not meant to tapi kekadang tengah syok layan Youtube tersesat kat channel-channel yang kotoq. Ahaks. K lah. Gua nak tidor dulu. Sleep tight, don't let hantu under your bed bite! Teringat Paranormal ACtivity.. MICAH!!!!!!!! @_@

Wednesday, January 5, 2011

My First Youtube Video Channel

Wat pertama kalinya aku post video kat Youtube. Slalu gue jadi silent watcher jerk. Nak komen pon aku x kuasa.Ahaks. Ntahler. Saje menggatal upload video. Aku amek video ni guna my Galaxy S. Amek video adik aku tengah main. Very cute i think. To others might be annoyingly long. Tapi ade aku kisah?kahkah..Bulihlah tumpang tengok yek :)


By the way, at the end tu my sis nak grab my Galaxy that's why aku cuwak tu. :P





Yang ni plak video kedua aku upload. Nothing much. Just suka-suki kat OU main bowling ngan member2. Aku dapat spare sampai upload kat Youtube gik. Seluruh dunia leh tengok..Hahah.



YAng ni plak video ketiga aku upload. Once again star dia my sister Aishah. Dia ni slalu buat-buat nangis and ngada-ngada sikit. Pastu suka hancurkan enset orang.So far 2 bijik enset dah rosak sebab dia. Therefore aku decide tuk buli dia. Haha.Watch the video. She's fine at the end of the video though. Just a small fall :P Ngada-ngada je tu.


Tuesday, January 4, 2011

Gambor : Reminiscing Shah Alam


Reminiscing Shah Alam. Just what the title says. Actually aku lama x melawat Shah Alam semenjak pindah and grad from UiTM. So the only times aku dapat g Shah Alam are times either visiting my brother's house or lepak ngan member. So aku aritu amek cuti sehari ade nak wat urusan kat JPJ. After that, just jalan-jalan sekitar Shah Alam naik keta sorang2 jalan2. Fun! Release stress gak :)

Seksyen 1: UiTM Di Hatiku.. Xleh masuk, lalu kat depan pon jadi ler melepas rindu.

Trafic kat depan simpang pintu belakang UiTM.Common scene dah sekarang unlike dulu. Bebudak sekarang makin kaya sume pakat bawak keta.

Sementara tunggu trapig lite, begambor sat. Poyo mode ON!!

Seksyen 9 : Ni kedai buku yang aku slalu singgah after sekolah dulu. Mantain bisnes depa ni.

Ni lak McD yang kekadang jadi port bebudak sekolah after school. Dulu aku x mampu nak makan McD sendiri. Duit belanja singgit je sehari.Huhu

Plaza Masalam and Shah Alam Mall. Dulu bapak aku keje sini. That's why we moved to Shah Alam in the first place. Mall ni gak slalu jadi tempat lepak aku after school.

Dalam Shah Alam MAll. Bench kat atas belaj kiri sekali tu was the place i had my first date with my very first girlfriend after school. Dia treat me naget KFC n makan kat atas tu while aku kenang nasib x mampu beli mende jadah tu for my own GF. Huhu.

Sekolah aku dulu. SMK Seksyen 9.

Lawa dak skool aku? Dulu kaler putih and pink. Buruk giler. Sekarang dah lawo. Sekolah top Shah Alam le katakan.

Seksyen 2: Tempat gue slalu potostat assignment time degree. Ingat gik dulu jadi class rep, slalu kena potostat notes kat area sini la. Murah :)
Taman Tasik Shah Alam. Dulu slalu joging sini sebab nak kurus badan. Aku pon penah ponteng skola kat sini naik beskal.Kahkah. BTW, time ujung minggu sini jadi port mat rempit dating. Bersepah2 kapel tepi tasik.'Kepanasan' gamaknya kena bertenggek sebelah tasek.hahah

Plaza PKNS. Dulu and sekarang nilah tempat antara yang paling happening kat Shah Alam. Funny but so true.

Mall baru sebelah PKNS. SACC. Tapi still xleh beat Plaza PKNS in terms of crowd. Banyak kedai x dapat idop kot.Bajet nak jadi macam Alamanda or Suria KLCC tapi x cukup appealing.

Bangunan belah kanan tu plak bekas ofis mak aku time dia jadi Pengarah KEKWA Selangor dulu. And belakang tu masjid Shah Alam. My faveret mosque :) Situlah tempat aku mengenal alif,ba,ta.HEheh.

Gambor : Aku and My Nephew Amirul

Saje aku nak wat entry yang begambor jek. Asek post berkarangan tahap UPSR, sekala sekala aktiviti gembar-gembor gambar fun what.. :)

Aku: Chak bro..Gue photobomb jap..SENGIH!!!CLICK!!
Amirul: Gigi aku x kua gik..senyum pon tadak makna :(


Amirul : Daulat Botol Susuku!!!!


Aku: Jom kita CamGigoloing gik!
Amirul: Apsal pakcik aku ni plak yang lebih-lebih nak begambo? Aku g comey what? Dia tua bangka dah. Rosak gambor jek :(
Aku: *&86&^%%$ :(


Both: Lihat ah telinga kami..Sama capang kan? ^_^

Fadilat org tua: Telinga capang rezeki murah.. Tengok ler Siti Nurhaliza..Ahakss :P