Wednesday, January 19, 2011
TerTRONton LeBASI....still love it!!
Harini ari Rabu. Esok ari Khamis. Khamis yang spesel coz raya. Raya SiamPusam.Maka dengar mohor-mohor besar, esok adelah cuti. Yahuu!
So aku suka bebenor kalo eve cuti ni. Suka merayap. Destinasi? Mid Valley. Aktiviti, Wayang!
Sampai sana pelik lak tengok Mid Valey yang banyak parking kosong. Aku ni allergik sikit kalo orang ngajak g Mid Valey ni. Trauma ngan masalah parking. Orang ramai sangat. Tapi untung ler malam weekday walaupon besok cuti, orang x ramai kat sini.
Sampai sini, beratoq ler nak beli tiket. Dunno nak beli cite ape. Wa cakap sama lu sume cite boring. Ntah ngape banyak cite antu melayu, jepon, thai. Cite mat saleh lak cite boring like cite The Rock belakon. Aiya. Cite camtu layan kat Cinemax leh la. Kat cinema cite camtu mintak maap. So out of opttion, beli lah tiket cite Tron. 2D nyer. 3D xde showing. Tapi walaupon cite lama tapi ntah ngape tiket dijual ngan harga RM12 banding cite baru lain yang mostly RM10.
Dah beli tiket, sesi makan pulak. Walaupon lapar, aku benar-benar xde selera. Slalunya kalo malam aku amat berselera nak pekena KG Baru la, McD la. Tapi akhir-akhir ni, selera berkurang. So aku beli set nasi+ayam+sayur. yang tu je dah RM6 weyh. Meluat aku makan kat foodcourt Mid Valley. Mahal and x sedap. Dengan lidah yang x sensation ni, aku rasa macam makan kapas lak.Hahah.
So afterward, masuk ler kami wayang. Tapi sempat gik crash hall lain. First, tersalah masuk hall tayang cite tamil.Hahah. Second kami crash hall cite Khurafat. Tengah scene umah kampung ke hape. Dengarnya full house benar cite ni. Melayu sekarang makin bijak. Asek layan cite hantu and cite lawak budus jek. Uweek.
'Princess' Disney paling hot :P
So kami tengok ler cite Tron ni. Mantap giler walaupon jalan cite a bit shaky cara penceritaannya. Sound effect and grafik cun habes. Meletop!! Awek sume pakai baju tight leather. Noty,noty! But what amazed me was how they constructed a character of the young Jeff Bridges. SO realistic and it looked just like him when he was a young actor back then. Tapi malangnya, my throat kacau mood movie aku. Ntah ngape, bertambah susah lak rasanya nak bernafas and terbatuk2. Aishh.
ps: Arini aku dapat tau berita pasal keje. All i can say is bertambah ler cabaran and beban keje nih. Ya Allah, kuatkan semangat. Adekah berbaloi dengan gaji ini? Rasulullah menggalak umatnya bersyukur so aku x kisah kot. Huhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment